
ONE PUBLICATION ditubuhkan pada tahun Febuari 2025, dengan misi untuk mengangkat penulisan digital tempatan ke tahap lebih tinggi melalui platform yang sistematik, mesra pengguna, dan berdaya saing. Kami percaya setiap karya mempunyai potensi besar jika digerakkan bersama komuniti yang aktif dan saling menyokong.Dengan konsep "We stand as ONE", kami bukan sekadar menerbitkan eBook, tetapi membuka ruang kepada penulis dan dropship untuk berkembang bersama.
Bella Hastel

Dilahirkan pada tahun 1991, Bella Hastel merupakan salah seorang pengasas utama dan penulis aktif di bawah ONE Publication. Berpengalaman luas dalam bidang penulisan digital, beliau telah menerbitkan lebih daripada 10 naskhah, merangkumi karya bercetak dan edisi digital.Salah satu karya beliau ialah Accidentally Yours dan Diari Faye: Six Months To Love yang penuh emosi dan diterbitkan secara self-publish.Antara karya beliau yang pernah diterbitkan di bawah penerbitan tempatan ialah:
📚 Love Is A Game: Mr Spade.Bella juga pernah mencapai pencapaian membanggakan apabila menandatangani kerjasama bersama Perbadanan Negeri Sabah (PNS). Pertemuan rasmi bersama Pengarah PNS dan penerimaan cenderamata menjadi bukti komitmen dan dedikasi beliau sebagai penulis profesional."Dream come true 😜. Dah sain-sain dengan PNS ðŸ¤. Tadi ada meeting dgn Pengarah PNS. Siap dpt souvenirs. Buku-buku pun sudah dibeli." — BellaMelalui ONE Publication, Bella Hastel kini giat membina platform penulisan dan pemasaran digital untuk membantu lebih ramai penulis dan dropship mencipta kejayaan bersama.
IZZY ISABELLE JONES

Izzy Isabelle Jones, dilahirkan pada tahun 1987, juga merupakan founder ONE Publication dan seorang penulis yang aktif dan telah menghasilkan pelbagai karya, baik dalam bentuk digital mahupun fizikal.Beliau merupakan Published Author untuk:
📚 Book of Seven Demons
📚 Anthology of Seven Tales of Darkness and LustAntara karya beliau yang pernah diterbitkan di bawah penerbitan tempatan ialah:
📚 Diagnosis Doktor Burn
📚 Bunga Untuk Tuan InspektorSelain penerbitan bersama pihak lain, Izzy juga telah menerbitkan lebih dari 10 eBook secara self-publish, menampilkan pelbagai genre dan tema yang unik. Antara karya self-publish beliau yang dikenali:
📚 Kekasihku Seekor Lipas
📚 Love Me, or Fight MeGaya penulisannya berani, eksperimental dan sering menampilkan sisi gelap emosi serta kelainan daripada naratif tipikal.
BO MOJO

Salah seorang pengasas ONE Publication yang hadir dengan identiti penuh misteri, namun tetap menyerlah melalui karya-karya uniknya seperti namanya. Dikenali dengan gaya penulisan yang berani, santai dan luar kotak, Bo Mojo telah menghasilkan beberapa eBook yang menjadi kegemaran pembaca, antaranya:📚 Duda-Duda Laris: Misi Mencari Jodoh
📚 Lelaki Dalam Tempayan
📚 Tiket ke NerakaWalaupun jarang tampil secara publik, beliau merupakan tulang belakang yang tidak pernah gagal hadir bila diperlukan. Seorang yang tenang, cool, slumber dan sangat mudah bekerjasama, itulah kekuatan sebenar Bo Mojo dalam menjadikan ONE Publication lebih kuat dan dinamik.
Ahli Penulis ONE Publication
ONE Publication bukan hanya diasaskan oleh tiga individu utama, tetapi turut disokong oleh barisan penulis bebas yang berkongsi semangat yang sama, menulis dari hati, menyentuh emosi, dan mencipta karya yang memberi kesan.Mereka ini ialah penulis yang bergerak secara sendiri, namun tetap aktif menyumbang dalam komuniti dan projek di bawah ONE Publication. Setiap daripada mereka membawa suara, gaya dan kisah yang unik, menjadikan dunia penulisan lebih berwarna dan bermakna.Berikut antara penulis bebas yang bersama-sama menyemarakkan semangat ONE PUBLICATION:
Kami Lebih Dari Sekadar Penulis

Izzy Isabelle Jones
PR & Editor
Bertanggungjawab dalam pengurusan komunikasi, penyuntingan kandungan, dan menjaga kualiti bahasa serta mesej penerbitan.

Bella Hastel
Pereka Grafik (Cover & Poster)
Menghasilkan rekaan visual untuk kulit buku, poster promosi, dan bahan grafik yang menarik selaras dengan identiti jenama.

ayashi
Media Digital, Video, Website & Pemasaran
Mengurus kandungan digital termasuk video promosi, kemas kini laman web, serta strategi pemasaran untuk capaian lebih luas.

daisy aurora
Susun Atur (Layout) & Reka Bentuk Kulit Buku
Menyusun halaman dalaman eBook serta menghasilkan reka bentuk kulit buku yang profesional dan konsisten.